Tidak rasmi: Noraini pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO

Tidak rasmi: Noraini pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Dr. Noraini Ahmad mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO setelah  menewaskan pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam pemilihan parti itu bagi sayap berkenaan, hari ini.

Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar memaklumkan, berdasarkan keputusan tidak rasmi, Ahli Parlimen Parit Sulong itu memperoleh 106 undi daripada proses pengundian melibatkan 191 bahagian seluruh negara.

Bagaimanapun keputusan rasmi menunjukkan setakat kini, Noraini mendapat 48 undi manakala Shahrizat 32 undi.

Pertandingan kerusi Ketua Wanita dalam Pemilihan UMNO 2023 hangat apabila menyaksikan dua tokoh wanita antara Shahrizat dan Noraini yang masing-masing pernah menyandang jawatan itu sebelum ini.

Noraini sebelum ini dicabar Shahrizat yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018.

Shahrizat, 70, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO ketika itu, memutuskan untuk kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi Wanita. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya