PASIR SALAK: Tidak puas hati terhadap pemimpin sedia ada menyebabkan pemilihan UMNO kali ini menyaksikan sebahagian besar ketua-ketua bahagian dicabar oleh ahli parti itu. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana orang muda lebih sedar terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin. Menurutnya, apabila golongan itu melihat pemimpin yang ada tidak bertanggungjawab atau gagal dalam melaksanakan peranannya, maka mereka bangkit. “UMNO hari ini berbeza dengan pemimpin sebelum ini, dahulu semasa mereka memimpin, UMNO aman damai dan berperanan menjaga agama, bangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya