Tidak mustahil Pasar raya Rahmah boleh diwujudkan

Tidak mustahil Pasar raya Rahmah boleh diwujudkan

SALAHUDDIN Ayub ketika sesi turun padang selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Kebangsaan di Bazar Ramadan Rahmah Presint 14, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Idea mewujudkan Pasar raya Rahmah tidak akan dilaksanakan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu melalui proses libat urus antara pelbagai pihak dan penggiat industri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setiap program dan inisiatif Rahmah termasuk menu Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Jualan Rahmah dilaksanakan selepas melalui proses yang sama.

“Insya-Allah (akan menjadi kenyataan) sebagaimana saya buat terhadap produk perbankan dan insurans yang menampakkan keberhasilan.

“Kita sedang menuju tahap yang kedua dari segi segmen insurans dan kita akan lancarkan dengan kadar yang segera,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Kebangsaan di Bazar Ramadan Rahmah Presint 14, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengkritik idea Pasar raya Rahmah dan mungkin ia tidak akan berjaya dilaksanakan selepas kementerian itu mengutarakan cadangan mewujudkan pasar raya yang menjual barangan mampu milik.

Sementara itu, Salahuddin berkata, beliau melihat inisiatif Rahmah yang dimulakan sejak dua bulan lalu semakin mendapat sambutan daripada peniaga dan rakyat.

“Namun begitu, jangan salah anggap kononnya kementerian ini memandang sepi mana-mana premis yang tidak mengadakan inisiatif Rahmah. Kita sangat mengalu-alukan dan sebagai Menteri, saya mahu ekonomi tempatan berkembang dengan cepat.

“Jual lah dengan harga apa pun itu tidak jadi masalah asalkan mereka menepati dan tidak berlaku pencatutan, pengambilan untung yang berlebihan,” katanya.

Selain itu, katanya, KPDN akan mengumumkan harga maksimum barangan kawalan sempena sambutan Aidilfitri dua minggu lagi.

“Apa yang penting, rakyat dapat berbelanja dengan rasa gembira. Jadi, saya akan umum dua minggu lagi termasuk dengan barangan asas,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya