Tidak menang tangan siapkan tempahan baju raya - Utusan Malaysia

Tidak menang tangan siapkan tempahan baju raya

JAKINAH Mohamed menyiapkan tempahan baju raya di kedainya di Taman Melur, Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Belum memasu­ki Ramadan, orang ramai sudah mula membuat tempahan baju raya lebih awal malah ada tukang jahit yang tidak lagi mengambil tempahan kerana permintaan terlalu tinggi.

Antaranya pemilik kedai jahit Nurul Imman Enterprise di Taman Melur di sini, Jakinah Mohamed, 47, yang tidak lagi menerima tempahan baju raya lebih awal.

Katanya, setakat ini tempahan membuat baju raya yang diterimanya terlalu banyak sehingga tidak menang tangan untuk menyiapkannya.

Katanya, bimbang gagal menyiapkan tempahan pelanggan lalu dia membuat keputusan menghentikan sementara tempahan baju raya.

“Alhamdulillah, pelanggan tidak putus-putus menghantar kain untuk dibuat baju raya sebelum puasa lagi.

“Saya tidak sangka pelanggan yang menghantar kain untuk dibuat baju raya bilangannya makin bertambah malah baru-baru ini ada berberapa pelanggan datang secara mengejut supaya buatkan baju raya sedondon.

“Saya terima tempahan pada kadar yang mampu saya siapkan. Saya tidak mahu mengecewakan pelanggan kera­na mereka mahu menyambut Aidilfitri dengan gembira,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, dia sudah mene­rima tempahan baju raya sejak beberapa bulan lalu dan jumlahnya semakin bertambah.

Katanya, tempahan baju raya kali ini luar biasa berbanding ketika sambutan hari raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19.

Menurutnya, selain tempahan daripada pelanggan di daerah ini, dia juga menerima tempahan daripada orang luar termasuk dari Kuala Lumpur.

Katanya, mereka merupakan penduduk yang berasal dari sini dan membuat tempahan semasa balik kampung.

“Apa pun ini merupakan rezeki buat kami sebagai tukang jahit selepas tempahan begitu kurang semasa PKP,” katanya.

Jakinah yang mempunyai pengalaman lebih lima tahun dalam perniagaannya berkata, dia akan memastikan semua tempahan pelanggan dapat di­siapkan sebelum Aidilfitri.

“Saya mempunyai empat pekerja yang mempunyai kemahiran menjahit untuk menyi­ap­kan tempahan pelanggan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya