KUALA LUMPUR: Pelakon Anna Jobling, 22, menolak dakwaan wujud hubungan istimewa antara dia dengan pasangan pelakon drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen, 21.
Tegas Anna, dia dan Meerqeen bersahabat baik dan profesional dalam menjalankan tugas masing-masing sebagai pelakon drama berkenaan.
“Cerita ini timbul mungkin disebabkan keserasian kami terlalu kuat sebagai pasangan di layar perak.
“Saya jelaskan di sini, kami profesional, rapat dan hubungan kami hanya atas dasar kerja,” jelasnya.
Khabar angin tentang hubungan cinta antara dua pelakon tersebut timbul selepas kedua-duanya dipasangkan dalam drama Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan Mei tahun lepas.
Dalam masa yang sama, Anna meluahkan rasa syukur kepada peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada drama berkenaan.
“Saya terharu sehingga ada peminat yang wujudkan tanda pagar (hashtag) untuk watak kami dalam drama tersebut.
“Saya bersyukur dengan keprihatinan mereka.
“Tidak timbul rasa rengsek atau penat melayan peminat kerana bukan semua orang dapat peluang seperti ini. Jadi kami cukup menghargai mereka,” jelasnya.