Tiada tangkapan individu tidak berpuasa minggu pertama Ramadan - Utusan Malaysia

Tiada tangkapan individu tidak berpuasa minggu pertama Ramadan

ANGGOTA JAIPk menjalankan Op Plastik Hitam di premis makanan di seluruh daerah di Perak bagi mengesan individu tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai. - UTUSAN/JAIPk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) terhadap individu yang tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai sepanjang tempoh tujuh hari pertama Ramadan ini.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, setakat ini, pihaknya hanya memberi teguran lisan kepada umat Islam yang disyaki melakukan perbuatan tersebut menerusi Op Plastik Hitam.

Katanya, operasi itu dijalankan secara menyeluruh di semua daerah di negeri ini dengan membabitkan anggota Bahagian Penguatkuasaan JAIPk.

“Operasi yang dijalankan ini berkaitan kesalahan tidak menghormati Ramadan di bawah Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992.

“Tumpuan pemeriksaan adalah di premis-premis makanan orang Islam yang menjadi lokasi golongan yang ingin mengambil kesempatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil daripada operasi yang dijalankan itu, pihaknya mendapati masih terdapat sebilangan kecil orang Islam yang tidak peka dengan kesalahan tidak menghormati Ramadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya