Tiada lesen kekal kesalahan jalan raya tertinggi - Utusan Malaysia

Tiada lesen kekal kesalahan jalan raya tertinggi

ADENAN Md Isa ketika mengetuai operasi JPJ dalam Ops Rentas di plaza tol Sungai Dua arah selatan, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Tiada lesen memandu terus menjadi kesalahan tertinggi yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Op Rentas yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, ia susulan 651 notis dikeluarkan atas kesalahan itu hasil operasi di beberapa lokasi antaranya plaza tol Jambatan Pulau Pinang; plaza tol Sungai Dua arah Utara dan Selatan serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Tiada lesen memandu masih mendominasi dalam kalangan pemandu di negeri ini dan alasan sama masih diberikan antaranya tiada masa untuk membuat lesen memandu dan harga lesen memandu mahal.

“Kebanyakan pengguna kenderaan yang tidak memiliki lesen ini terdiri daripada golongan belia yang juga lepasan sekolah dan universiti.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 3,668 kenderaan diperiksa manakala 1,821 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang operasi berlangsung,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 400 motosikal turut disita dalam operasi sama dengan kebanyakannya ditunggang oleh warga asing.

Adenan berkata, operasi yang dijalankan bersama JPJ Kedah dan Perlis itu bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, APAD 2010 dan Kaedah-kaedah di bawahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya