KUALA LUMPUR: Pelawak Shuk Sahar menjelaskan dia dan isteri, Sera masih bersahabat baik dan tidak bermusuhan.
Kata Shuk, perkara itu terbukti apabila mereka bersetuju terbang ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama-sama sekitar Januari lepas.
“Hubungan kami baik. Tapi kami belum buat keputusan sama ada kekal sebagai suami isteri atau tidak.
“Kami masih berkawan, buktinya kami dapat mengerjakan umrah bersama-sama Januari lepas.
“Walau apa yang berlaku, kami tetap baik. Kami lakukan Ini semua demi anak-anak,” katanya.
Sera, pada November lepas memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak tersebut didakwa curang.
Terdahulu, mereka mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Disoal tentang perkembangan permohonan cerai difailkan Sera, Shuk memaklumkan tiada kata putus dari kedua belah pihak.
“Kami tak temui keputusan yang jelas. Buat masa ini, masing-masing bawa haluan sendiri,” jelasnya.