The Els Club Desaru Coast…idaman setiap pemain

The Els Club Desaru Coast…idaman setiap pemain

PEMANDANGAN cantik dan mendamaikan ini akan dapat anda saksikan dan rasainya tiupan angin Laut China Selatan tatkala anda melakukan tee off di lubang dua Ocean Course.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMILIKI 45 lubang dengan dua lapangan yang berbeza – The Ocean dan Valley Course, The Els Club Desaru Coast di Johor ini sememangnya diidam-idamkan oleh ramai pemain golf bukan sahaja dari domestik tetapi juga dari luar negara.

The Ocean Course yang direka oleh pemain golf PGA terkenal dunia, Ernie Els dan Valley Course cetusan idea Vijay Singh ini masing-masing memiliki karakter dan cabarannya yang tersendiri selain menyajikan pemandangan yang menakjubkan.

Tidak hairanlah jika The Els Club Desaru Coast ini dinobatkan sebagai Padang Golf Terbaik Malaysia 2022 dalam majlis Anugerah Golf Dunia dan Lapangan (Course) Ketiga Terbaik di Malaysia serta Rumah Kelab Terbaik di Asia Pasifik pada majlis Anugerah Golf Asian.

Dengan hamparan rumput Bermuda 419 di fairway dan Bermuda tifeagle di green dengan kelajuan 9.5 sehingga 10 stimpmeter, pastinya memberi kepuasan kepada semua pemain yang beraksi di sini.

Sistem GPS Visage 

Selain menjanjikan kepuasan di lapangan dan green, The Els Club Desaru Coast ini juga turut menyediakan perkhidmatan sistem GPS Visage yang terkini bagi membantu pemain mengetahui jarak pukulan dari tee box sehingga ke green

Sistem canggih GPS Visage ini diletakkan pada buggy yang mana buggy pula dibenarkan masuk ke dalam lapangan sehingga jarak hampir sampai ke green bagi memudahkan pemain membaca jarak dengan tepat dan mempercepatkan permainan.

Selain itu juga, GPS Visage ini dapat membantu dalam menentukan lokasi terkini pemain golf ketika di lapangan serta membantu arah dari satu lubang ke lubang yang seterusnya.

Jika di The Els Club Teluk Datai, Langkawi tiada bunker, tetapi The Els Club Desaru Coast ini terdapat banyak bunker dan tasik atau kolam bagi memerangkap pukulan pemain yang tersasar singgah di tengah fairway atau green.

Lubang 3 lapangan Ridge Course yang menampilkan reka bentuk bunker dan talian air serta kolam sebelum green untuk memberi cabaran kepada pemain.

99 bunker

Bagi lapangan Ocean Course yang memiliki tiga nine (27 lubang) iaitu Lakes, Coast dan Ridge, terdapat 99 bunker yang kebanyakannya dibuat berhampiran green selain beberapa di fairway bagi menjerat pukulan pemain.

Selain bunker, setiap pemain yang beraksi di ketiga-tiga nine – Lakes, Coast dan Ridge ini juga perlu berhadapan dengan cabaran tiupan angin Laut China Selatan yang kadangkala bertiup kencang sehingga menyukarkan pemain untuk melakukan tee off mahupun pukulan ke green.    

Itu belum dikira dengan jarak lapangan yang panjang kira-kira 7,777 meter di Ocean Course dan 7,777 di Valley Course bermula dari tee box hitam.

Bagi pemain yang ingin merasai lebih cabarannya, mereka boleh beraksi di Valley Course yang mempunyai 18 lubang dengan memiliki 171 perangkap bunker di samping tiupan angin laut, kawasan tepian hutan dan berbukit.

Bagi pemain yang berhandikap 16 ke atas, pastikan anda membawa lebih banyak bola golf terutamanya jika anda beraksi di lapangan Valley Course.

Fasiliti

Apa yang menarik di The Els Club Desaru Coast, mana-mana pemain yang ingin memanaskan badan sebelum melakukan tee off, mereka boleh menggunakan fasiliti latihan yang merangkumi kemudahan latihan chipping, putting dan lapangan sasar (driving range) dengan disediakan 100 biji boleh percuma, pukul di atas rumput sebenar persis cara dan gaya pemain golf profesional.

Selain memberi jaminan kepuasan kepada pemain ketika beraksi di padang golf, pihak pengurusan The Els Club Desaru Coast turut memberi penekanan kepada perkhidmatan selain kemudahan bilik persalinan, bar dan restoran serta kedai golf (pro shop) semuanya bertaraf lima bintang. – UTUSAN

INFO 

HARGA BIASA

OCEAN COURSE

Isnin-Khamis RM350 (seorang)

Jumaat-Ahad RM450 (seorang)

VALLEY COURSE

Isnin-Khamis RM400 (seorang)

Jumaat-Ahad RM475 (seorang)

Untuk sebarang tempahan anda boleh layari [email protected] atau hubungi +607-8780000.

Untuk maklumat terkini mengenai kelab dan promosi, layari laman web www.elsclubmalaysia.com atau ikuti laman sosial mereka di Facebook: The Els Club Desaru Coast atau Instagram: @theelsclubdc.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya