Thai Hot Guy: Mendukacitakan, tidak bertanggungjawab

Thai Hot Guy: Mendukacitakan, tidak bertanggungjawab

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjuran acara ‘Thai Hot Guy’ adalah bertentangan dengan ajaran Islam serta tatasusila masyarakat.

Itu tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berhubung satu penganjuran aktiviti berunsur tidak sihat yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.

Mohd Na’im berkata, penganjuran aktiviti itu juga tidak sesuai apatah lagi dalam suasana umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan yang dipenuhi dengan kemuliaan.

“Penganjuran acara berkenaan amat mendukacitakan serta tidak bertanggungjawab.

“Kami menerima laporan serta maklum balas masyarakat berkaitan penganjuran itu dan difahamkan ia akan berlangsung di premis yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan ke atas penganjuran acara tersebut.

Mohd Na’im berkata, selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Isnin lalu, sebuah akaun Facebook, KL NOW memuat naik hantaran mengenai program Thai Hot Guy yang difahamkan merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki berbadan sasa di sebuah kelab di ibu negara pada 30 Mac ini.

Susulan itu, program itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan ia bertentangan dengan norma rakyat di Malaysia, apatah lagi ia diadakan di bulan Ramadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya