Tambang percuma MRT Putrajaya sehingga 31 Mac

Tambang percuma MRT Putrajaya sehingga 31 Mac

ANWAR Ibrahim bersama Anthony Loke Siew Fook (empat dari kiri) melakukan gimik pelancaran MRT Laluan Putrajaya di Putrajaya hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya bermula 3 petang hari ini sehingga 31 Mac.

Ia bersempena pembukaan sepenuhnya kemudahan MRT laluan Putrajaya bermula Putrajaya Sentral sehingga Kwasa Damansara.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Pelancaran Pembukaan Laluan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya di Depot MRT Serdang, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan Kementerian Pengangkutan akan membentangkan satu strategi pengangkutan awam yang lebih menyeluruh kepada kerajaan untuk pelaksanaan.

Beliau menjelaskan, antara strategi tersebut bagi meringankan beban rakyat secara umum.

Terdahulu, orang ramai kini boleh menikmati perkhidmatan keseluruhan MRT laluan Putrajaya yang mula dibuka pada pukul 3 petang hari ini.

Kemudahan terbaharu itu telah melengkapkan MRT Putrajaya yang menghubungkan Pusat Pentadbiran Persekutuan ke ibu kota Kuala Lumpur.

Perkhidmatan itu mampu membawa 1,200 penumpang pada satu-satu masa, sekali gus dapat menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik Lembah Klang sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam tempoh dua tahun.

Dengan pembinaan yang menelan belanja RM30.53 bilion, Laluan MRT Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer dan mempunyai 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, dengan 10 stesen pertukaran dan stesen sambungan, termasuk Cyberjaya, Titiwangsa, Ampang Park, Chan Sow Lin, dan Sungai Besi.

MRT laluan Putrajaya mula dibuka secara berfasa dan pertama kali pada 16 Jun 2022 membabitkan perjalanan sepanjang 17.5 kilometer meliputi 12 stesen antaranya Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya