Tambah bantuan untuk penggiat seni - Sean Ghazi - Utusan Malaysia

Tambah bantuan untuk penggiat seni – Sean Ghazi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi berpengalaman, Sean Ghazi berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk menambah peruntukan dan bantuan untuk penggiat seni di negara ini.

Katanya, langkah itu perlu bagi merancakkan industri dan melahirkan lebih ramai pemuzik dan penyanyi yang berkualiti.

“Saya memuji usaha kerajaan yang menyediakan peruntukan untuk penggiat seni di Malaysia. Tetapi saya harap dana dan bantuan seperti itu dapat ditambah agar boleh dimanfaatkan lebih ramai penggiat (seni) yang memerlukan.

“Kekurangan dana dan peruntukan ini merupakan cabaran yang dihadapi anak seni tempatan sejak dahulu lagi. Kalau ada pun, bukan mudah untuk diperolehi kerana melibatkan proses yang rumit dan sukar.

“Jadi saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak dana dan bantuan untuk merancakkan industri seni kita,” katanya.

Sean berkata demikian selepas majlis sidang media teater Instant Cafe Night Live Edisi X di ibu kota semalam.

Dalam masa yang sama, Sean berterima kasih kepada masyarakat Malaysia yang terus menyokong dan menghargai pemuzik dan penyanyi tempatan.

“Kita ada ramai pemuzik dan penyanyi berbakat. Saya gembira kerana masyarakat kita tidak jemu menyokong dan menghargai bakat tempatan.

“Industri kita juga semakin bergerak ke depan dengan kewujudan lebih banyak platform untuk berkarya dan membuat persembahan.

“Jadi kita harap industri kita semakin rancak dan maju dengan lebih banyak bantuan dari pihak kerajaan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya