Syamsul nafi dakwaan setubuh luar nikah, Ira Kazar saman Jawi - Utusan Malaysia

Syamsul nafi dakwaan setubuh luar nikah, Ira Kazar saman Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah, Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan pesetubuhan luar nikah.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan dia turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Tambahnya, kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah. Kenyataan-kenyataan itu tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Mungkin.

“Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah. Alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023,” katanya.

Syamsul berkata demikian ketika ditemui dalam satu sesi sidang media khas hari ini.

Sementara itu, Syamsul berkata, isteri keduanya, Ira Kazar juga bakal memfailkan saman terhadap Jawi.

Malah dedahnya, pihak Jawi juga ada meminta untuk menyelesaikan kes saman tersebut di luar mahkamah.

Semalam, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah.

Syamsul juga mendakwa, isteri pertamanya itu menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan suami orang.

Membalas kenyataan itu, Puteri Sarah ‘mengingatkan’ suaminya dan madunya, Ira Kazar sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya