Syamsul Debat ‘laris’ sampai hujung tahun

Syamsul Debat ‘laris’ sampai hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Syamsul Debat memberitahu jadual programnya sudah disusun dan penuh sehingga hujung tahun ini selepas menerima jemputan penganjur dari seluruh negara. 

Katanya, bulan Ramadan juga lebih bertambah sibuk apabila slot tazkirah dilakukan sebelum berbuka puasa dan selepas solat sunat tarawih. 

“Ada penganjur yang berbulan-bulan sebelum program sudah buat tempahan ceramah. Bahkan, semasa bulan Ramadan ini hampir setiap hari dipenuhi program termasuk ada yang menjemput untuk bawa pergi umrah. 

“Boleh kira dengan jari hari-hari yang tiada program, makna kata jadual penuh dengan pengisian,” katanya. 

Selain menyampaikan ceramah, Syamsul atau nama lengkapnya Syamsul Amri Ismail juga merupakan pengasas susu kambing Al-Amr serta merupakan konsultansi berdaftar yang menawarkan perkhidmatan nasihat dan runding cara. 

Bagi ibadah umrah pula, katanya, dia tidak terikat dengan mana-mana syarikat kerana yakin dirinya adalah milik semua masyarakat. 

“Syamsul Debat adalah milik ramai orang. Saya tak nak mana-mana syarikat eksploitasi Syamsul Debat dengan syarikat tertentu kerana ibadah umrah ini biar semua pihak dapat menggunakan khidmat saya,” katanya. 

Mengulas pengisian tazkirah sempena Ramadan, Syamsul yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, penceramah hari ini berdepan cabaran tersendiri dalam mengupas sesuatu topik kerana kewujudan media sosial. 

Sebab itu, katanya, timbul tanggapan kononnya penceramah kerap mengulang topik sama setiap kali penyampaian. 

“Sebenarnya bergantung pada pihak penganjur. Ada penganjur nak tajuk Ihya Ramadan, ada pula minta sampaikan topik imarah masjid. 

“Zaman sekarang tidak seperti dulu sebab jemaah akan banding beza ceramah yang dah pernah keluar di media sosial. 

“Jadi, itulah cabaran penceramah hari ini dan pihak penganjur pula perlu bijak bagi tajuk yang lari daripada kebiasaan,” ulasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya