Sulaiman tidak sedih tinggalkan jawatan Ketua Menteri Melaka

Sulaiman tidak sedih tinggalkan jawatan Ketua Menteri Melaka

TANGKAP layar video tular yang memaparkan Sulaian Md. Ali sebak ketika berucap kali terakhir di hadapan kakitangan Pejabat Ketua Menteri Melaka, hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak sedih meninggalkan jawatan Ketua Menteri Melaka, sebaliknya rasanya hiba untuk meninggalkan semua kakitangan yang bekerja dengan cemerlang sepanjang menjawat itu sejak 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu berkata, beliau sudah tidak mampu lagi memperoleh kakitangan yang disifatkan mempunyai contoh terbaik dan sudah pasti jasa serta budi baik semua akan dikenang selagi hayat dikandung badan.

Beliau kemudian berharap semua kakitangan dapat memberikan layanan yang sama kepada Ketua Menteri yang baharu tanpa sedikit pun kekurangan seperti mana terhadap beliau pada selama ini.

“Saya tidak sedih untuk meninggalkan jawatan ini, saya tidak sedih untuk meninggalkan kerusi yang empuk di tingkat empat Seri Negeri ini, tetapi saya sedih untuk meninggalkan semua kakitangan saya yang baik, cemerlang dalam perkhidmatan serta sentiasa jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.

“Saya tidak mampu lagi memperoleh staf seperti ini dan sudah pasti jasa serta budi baik semua akan saya kenang selagi hayat dikandung badan,” katanya yang turut menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas ada hari terakhir memasuki pejabatnya di Ayer Keroh, Melaka.

Terdahulu, tular satu video kesedihan Sulaiman ketika berucap di media sosial dengan rakaman video itu dipercayai berlangsung ketika beliau mengadakan pertemuan terakhir bersama kakitangan Pejabat Ketua Menteri Melaka.

Pertemuan turut membabitkan kira-kira 50 kakitangan termasuk pegawai kanan, staf sokongan, kerani, pembantu tadbir, pekerja am serta pengawal keselamatan.

Beliau turut berharap semua kakitangan itu dapat dikekalkan untuk terus berkhidmat di pejabat berkenaan.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua kakitangan pejabat ini yang banyak membantu saya dan memberikan perkhidmatan sangat cemerlang sepanjang saya berada di sini. Sama-sama kita berdoa semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua,” katanya.

Perkembangan politik Melaka yang kembali menjadi tumpuan setelah Sulaiman meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

Isu pertukaran pemimpin negeri Melaka mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri itu yang diadakan pada 20 November 2021.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan hanya satu nama, iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dihantar kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya