Sudah tua pun, masih kaki gaduh

Sudah tua pun, masih kaki gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU Poklip teringat kisah yang satu ini, memang akan tergelak besar. Perangai dua orang artis lama yang sehingga sekarang masih berseteru. Padahal tidak ada isu, masing-masing punya hidup sendiri.

Tetapi bila sebut nama artis A depan si B, laju sahaja dia menjeling. Meluat rasa nak muntah katanya. Bila sebut pula nama artis B, yang si A terus alih pandangan. Tidak mahu dengar dan tahu.

Hakikatnya, pergaduhan mereka sudah umum diketahui cuma peliknya, sehingga sekarang tiada carakah untuk berdamai? Kalau tidak bersahabat baik seperti dahulu pun, sekurangnya boleh bertukar senyum.

Ini tidak, dianjingkan si polan itu semata-mata kerana ‘dendam’ lama. Bila minta komen tentang isu terkait dengan mana-mana pihak, laju sahaja mereka menolak. Tidak mahu mengotorkan kata-kata.

Jangan begitu, industri ini kecil sahaja. Sebagai artis lama, kalian adalah contoh terbaik untuk pendatang baharu. Bukan suruh peluk cium pun, sekadar menghormati antara satu sama lain sahaja.

Mungkin memang ada di antara mereka yang kaki tipu, muka plastik dan perangai tak semenggegah, tetapi cukuplah cuba mengelakkan diri dari bekerjasama, bukan saling tuduh menuduh.

Cuma itulah, kelakar bila artis di usia mereka masih bertelagah. Namun nama pun manusia, ada hati dan perasaan. Ada rasa dendam, marah yang masih tersisa. Tetapi jangan saling memfitnah, tak baik!

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya