HIDAYAH Centre Foundation di Kota Bharu, Kelantan menyumbang 20 naskhah al-Quran berserta terjemahan dalam pelbagai bahasa dalam usaha menyuburkan budaya membaca kitab suci itu dalam kalangan mualaf di negeri berkenaan.
Sumbangan itu diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation Joannes Lukas kepada Pengerusi Pusat Penerangan dan Dakwah Islam Antarabangsa (IIDAC), Muhammad Micheal Abdullah untuk kemudahan kegunaan mualaf.
Selain al-Quran, bahan dakwah turut diberikan sebagai rujukan kepada golongan berkenaan dalam mengukuhkan lagi kefahaman terhadap Islam.
Sehingga kini hampir 100 mualaf menyertai IIDAC sejak ia dibuka lebih 10 tahun lalu. – UTUSAN