SPRM nafi dua pegawai kanannya dalang rasuah babit syarikat korporat 

SPRM nafi dua pegawai kanannya dalang rasuah babit syarikat korporat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tohmahan yang dilemparkan kepada dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai dalang dalam isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan syarikat korporat adalah tidak bertanggungjawab dan tidak benar.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya yakin perkara tersebut sengaja dilemparkan kepada pegawai suruhanjaya itu bagi menimbulkan persepsi negatif.

Katanya, kedua-dua pegawai tersebut telah dipanggil untuk memberikan penjelasan dan mereka seterusnya membuat laporan polis untuk menyangkal tohmahan tersebut.

“Sekiranya wujud bukti, pihak berkaitan harus tampil membuat aduan atau laporan kepada penguat kuasa dan bukan membuat tohmahan menerusi media sosial yang berselindung di sebalik identiti palsu,” kata kenyataan itu.

Tegas suruhanjaya itu, pihaknya tidak membuka kertas siasatan sewenang-wenangnya tanpa bukti dan fakta.

“Setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan serta dipantau oleh lima badan pemantau bebas,” katanya.

Berdasarkan prinsip pengasingan kuasa, Pejabat Peguam Negara (AGC) berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bagi memastikan hanya kes yang mempunyai bukti dan fakta kukuh diberikan izin untuk mendakwa mengikut budi bicaranya.

Dalam pada itu juga, SPRM juga tidak akan tunduk kepada tekanan oleh mana-mana pihak untuk mengalihkan perhatian daripada kes rasuah dan penyelewengan yang sedang giat disiasat ketika ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya