Sis Bell berazam bantu lebih ramai warga Borneo - Utusan Malaysia

Sis Bell berazam bantu lebih ramai warga Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semangat ahli perniagaan produk kecantikan jenama Beautyspells, Norsidayati Mustari atau Sis Bell dari Tawau, Sabah untuk terbang tinggi dan membantu masyarakat Borneo khususnya tidak pernah luput.

Bagi wanita berusia 33 tahun ini, misi untuk membangkitkan semangat berniaga menerusi rangkaian jenamanya lebih penting berbanding hal lain.

Malah, Sis Bell juga menepis wujudnya andaian bahawa pengasas atau pemilik produk ‘memijak’ ejen demi meraih kekayaan seorang diri.

Menurutnya, keadaan itu tidak wajar berlaku dan bagi pihaknya, dia berbangga kerana hingga kini sudah 16,000 ejen di Borneo telah dibantu.

“Tiada istilah saya ‘pijak’ ejen untuk hidup kaya. Atau wujud senario ejen yang selama ini memberi kekayaan kepada saya. Tapi saya mahu buktikan, jika boleh kaya beramai-ramai atau ‘berjemaah’ kenapa perlu kaya sendirian.

“Saya juga mahu membangkitkan semangat semua orang Borneo untuk berusaha ke arah kehidupan yang selesa dan berjaya bersama-sama,”katanya.


Tidak cuma itu, kata Sis Bell, dia juga bersyukur kerana usahanya untuk meningkatkan taraf hidup ramai masyarakat Borneo semakin berkembang menerusi perniagaannya.

“Ada ‘reseller’ saya yang dulu tinggal atas jambatan, tapi sekarang sudah mampu memiliki tanah dan membangunkan rumah. Ada ejen saya yang tak tahu membaca dan menulis selain tak pandai guna media sosial, kini hidup berjaya dengan bantuan kami.

“Jadi saya tekankan, memang tak ada istilah saya kaya seorang diri. Selagi boleh bantu, saya tidak akan lokek berkongsi rezeki dan nikmat. Bahkan staf dan ejen umpama keluarga baharu saya. Impian dan kejayaan mereka, nikmat terindah buat saya.

“Tahun lalu ada ejen saya berjaya capai RM2.8 juta jualan setahun. Malah tahun lalu ada lima ejen saya dapat jualan RM1 juta setahun. Empat daripada mereka perempuan dan seorang lelaki. Tahun ini saya sasar mahu 15 ejen pula dapat sasaran sejuta setahun ,” katanya.

Kata Sis Bell, melihat kejayaan ejen selama ini umpama mengimbas kembali usahanya sekitar 9 tahun lalu membangunkan Beautyspells menerusi rangkaian produk losyen pemutih kulit.

“Saya bermula dari zero. Dulu ‘pejabat kecil’ hanya beroperasi dengan satu meja makan dan tanpa staf. Saya juga berusaha tanpa disaksikan ibu bapa kerana yatim piatu. Saya bangkit tanpa bimbingan sesiapa.

“Sebab itu usaha membantu ejen saya kira seperti melihat diri sendiri sewaktu dulu. Bantuan dan bimbingan saya hulurkan mungkin tidak sebesar mana. Tapi bagi ejen, sangat besar dan bernilai.

“Ada yang selama ini nak beli beras tak mampu, banyak berhutang, gaji suami tak cukup. Anak minta beli ayam goreng (KFC) pun tak mampu. Tapi kini, semua senario dan hidup dalam ‘kegelapan’ itu mampu diatasi. Bersama empayar niaga saya, ia seperti memberi sinar harapan buat ramai orang,” katanya.

Dalam masa sama, jenama ini buat kali kedua akan menganjurkan Beautyspells Success Night di tiga lokasi dan tarikh berbeza.

“Acara membabitkan tiga lokasi dan tarikh masing-masing di Tawau (26 Februari), 1 Mac (Sandakan) dan Kota Kinabalu (3 Mac) dengan menelan kos RM1.2 juta.

“Saya buat di tiga lokasi berbeza ini bagi memudahkan ejen yang datang dari latar belakang berbeza. Ada yang kali pertama nak masuk hotel dan beli tiket penerbangan.

“400 penerima (ejen) akan diraikan dan menerima ganjaran emas berjumlah keseluruhan RM380,000 serta wang tunai RM510,000 yang dihias dalam bentuk jambangan bunga. Ia jambangan bunga wang betul dan bukan palsu seperti digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya