[Sidang DUN Melaka] Usul tidak pakai tali leher diluluskan

[Sidang DUN Melaka] Usul tidak pakai tali leher diluluskan

DUN Melaka meluluskan usul membenarkan ADUN yang menghadiri persidangan tidak perlu memakai tali leher pada hari kedua Sidang Pertama Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghadiri persidangan tidak perlu memakai tali leher.

Yang Dipertua DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, kebenaran itu selaras dengan ketetapan dan pendekatan dibuat di peringkat Persekutuan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul membenarkan Ahli Parlimen yang menghadiri persidangan untuk tidak mengenakan tali leher dan dibolehkan memakai baju batik setiap Khamis.

Katanya, langkah itu juga seiring gaya santai ditonjolkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memakai lounge suit tanpa tali leher.

“Budaya tidak memakai tali leher Kerajaan Perpaduan menjadi tumpuan selepas Jemaah Menteri mengikut gaya santai Perdana Menteri. Saya tiada halangan dalam isu ini dan menerima usul yang berkehendakkan menangguhkan atau menggantung penguatkuasaan peraturan dewan.

“Saya berpandangan memakai tali leher dan baju batik berlengan panjang tidak akan menjejaskan prestasi dan keterampilan para ADUN sebagai wakil rakyat. Apa yang berlaku di peringkat Persekutuan wajar dicontohi oleh dewan yang mulia ini selaras peraturan mesyuarat yang ditetapkan,” katanya pada hari kedua Sidang Pertama Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Ketika sesi pengundian, seramai 24 ADUN menyokong usul berkenaan, dua berkecuali dan dua tidak hadir.

Adly Zahari (PH-Bukit Katil) tidak hadir kerana menghadiri Sidang Parlimen sementara Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) tidak hadir atas faktor kesihatan.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengemukakan usul tanpa notis di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan 17 (5) (c) bagi menangguhkan penguatkuasaan peraturan-peraturan Mesyauarat Dewan 32, berhubung tatacara pemakaian tali leher dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP. Shanmugam.

Abdul Razak berkata, kelonggaran itu turut terpakai kepada ketua dan wakil jabatan serta agensi kerajaan negeri dan pemerhati yang mengikuti Sidang DUN.

“Saya mengusulkan cadangan untuk menangguhkan tatacara pemakaian tersebut kepada ADUN yang hadir ke mesyuarat dewan termasuk membenarkan memakai baju batik Malaysia berlengan panjang pada Khamis. Bagaimanapun, peraturan itu tertakluk kepada perubahan arahan dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya