Shuk Sahar rindu lakonan, harap diberi peluang kedua - Utusan Malaysia

Shuk Sahar rindu lakonan, harap diberi peluang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak, Shuk Sahar berharap penerbit drama dan filem tempatan dapat memberi dia peluang untuk kembali aktif berlakon dan membina semula kerjaya lakonan yang ditinggalkan hampir dua tahun.

Kata Shuk, meskipun sekarang sibuk berniaga untuk kelangsungan hidup, dia tetap merindukan bidang lakonan dan berharap dapat diberi peluang untuk kembali dalam bidang berkenaan.

“Buat masa ini saya berniaga untuk kelangsungan hidup. Tapi jujur saya memang rindu nak berlakon kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia itu.

“Baru-baru ini ada sahaja tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi, terpaksa saya tolak.

“Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selepas dihimpit pelbagai kontroversi membabitkan isu rumah tangga, Shuk semakin menghilang dari dunia lakonan.

Keadaan itu lebih ketara selepas dia terpalit dengan kontroversi membabitkan pelakon Fauzi Nawawi yang membuat pendedahan dalam program Rumah 107 beberapa tahun lalu tentang babak rogol bersama pelakon Raja Farah.

Kata Shuk, dia berharap isu itu selesai dan meminta agar tidak terus dihukum dengan dipulaukan dalam industri seni.

“Isu itu kelihatannya sudah selesai.

“Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin maklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon.

“Diharapkan peluang masih ada untuk saya,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya