KUALA NERUS: Seorang buruh yang dilaporkan hilang ketika memikat burung sejak Isnin lalu mengakui serik untuk menjalankan aktiviti kegemarannya itu selepas terselamat dan berjaya keluar dari hutan Bukit Sudu dekat Kampung Pondok Lalang, di sini, semalam. Mohd. Azani Alias, 37, berkata, dia terpaksa bertarung nyawa selama hampir seminggu di dalam hutan tebal selepas tersesat kerana terlalu asyik memikat burung secara berseorangan. “Jika tidak berjaya keluar semalam, mungkin saya akan menemui ajal dalam hutan itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, di sini, semalam. Menurutnya, dia tidak dengar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya