Semarak raya, XES Shoes bangga jenama diyakini ramai - Utusan Malaysia

Semarak raya, XES Shoes bangga jenama diyakini ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meraih pengiktirafan sebagai Most ‘Malaysian Brand’ Shoe Outlet Chain Store dan Superbrands Malaysia Award baru-baru ini, XES Shoes berbangga jenamanya semakin mendapat tempat di kalangan pengguna dalam jaringan persaingan yang sihat dengan jenama terkemuka tempatan.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusannya,Simpson Wong Kean Hin, saban tahun XES Shoes menerima sambutan dan permintaan yang menggalakkan sekali gus memberi isyarat bahawa jenama ini terus menjadi pilihan rakyat sejak 21 tahun berada di pasaran.

“Tentunya saya berasa bangga kerana dalam ruang persaingan yang sedia ada, jenama ‘lokal’ ini telah mendapat kepercayaan ramai.Antara formula yang kami gunakan ialah terus mengutamakan setiap perincian rekaan kasut yang sesuai dengan kehendak pengguna tempatan.

“Tentunya keselesaan pemakaian kasut itu menjadi keutamaan kami selain jaminan harga yang semestinya mesra poket. Malah, dari semasa ke semasa juga, kami tidak pernah gagal untuk menghasilkan kasut yang selesa dan sesuai untuk semua lingkungan umur dari golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak dengan harga tidak melebihi RM250. 

“Bahkan, jika dikatakan kami ini sebagai sebuah pusat sehenti yang memudahkan seisi keluarga membeli kasut, saya rasa ia satu gelaran yang tepat,”katanya.

Dalam pada itu, menyemarakkan sambutan Syawal tidak lama lagi, kata Simpson, XES Shoes juga tidak ketinggalan menawarkan pakej istimewa untuk tahun ini.

Antaranya, kata Simpson, ialah menerusi promosi  Raya Double Special di cawangan terpilih yang telah bermula sejak 20 Mac lalu hingga 7 Mei depan.

“Jadi selain berjimat dengan beli satu kasut percuma lagi sepasang, pelanggan juga akan mendapat sampul raya istimewa serta beg beli-belah eksklusif masing-masing untuk pembelian minumum sebanyak RM120 dan RM150.

“Namun hadiah percuma itu tertakluk kepada sementara stok masih ada sepanjang promosi berlangsung.  Untuk promosi itu, pembayaran dibuat untuk harga kasut yang tinggi dan sepasang lagi percuma. 

“Kami menggalakkan orang ramai untuk menyambut baik kempen ini memandangkan ia mampu memberi penjimatan buat pengguna terutama buat mereka yang mahu menyediakan kelengkapan kasut untuk keluarga,”katanya.

Untuk info, jenama ini telah memulakan operasi perniagaannya pada tahun 2002 dengan premis pertama terletak di Carrefour Wangsa Maju (kini dikenali sebagai Aeon Big). 

Kini, jenama itu berkembang dengan lebih 120 cawangan di seluruh Malaysia termasuk ditempatkan di pasaraya Lotus, Giant, NSK, Mydin dan Aeon Big.

Tidak cuma itu, ia juga turut boleh didapati di pusat beli belah Paradigm Mall, Sunway Putra Mall, Melawati Mall, Batu Pahat Mall, KB Mall, Mahkota Parade Mall dan banyak lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya