Semangat perpaduan perlu dipupuk sejak awal - Utusan Malaysia

Semangat perpaduan perlu dipupuk sejak awal

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat perlu bermula seawal sekolah rendah sehinggalah ke institusi pengajian tinggi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,  oleh yang demikian, peranan ahli akademik di institusi pengajian tinggi perlu menunjukkan contoh teladan yang baik, terutamanya ahli akademik wanita.

Titah baginda, atas dasar inilah, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) akan terus berusaha memperkasakan golongan wanita terutama di institusi pengajian tinggi.

“Usaha memperkasakan golongan wanita itu untuk menjadi pemimpin yang berdaya saing, tegas dalam menjalankan tugasan mendidik mahasiswa.

“Ia bukan sekadar memiliki ijazah tetapi apa yang lebih penting mempunyai pemikiran yang matang,” titah baginda ketika berkenan merasmikan pembukaan webinar Yayasan Tuanku Fauziah 2023 di sini, semalam.

Menerusi tema yang dipilih khas iaitu Aspirasi Wanita Ke Arah Memartabatkan Perpaduan Dalam Kalangan Mahasiswa Di Institusi Pengajian Tinggi.

Webinar bulanan YTF yang merupakan ke-19 pada kali ini dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSSS) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, tidak dapat dinafikan peranan golongan wanita yang semakin signifikan dalam mendepani cabaran kehidupan era globalisasi dan digitalisasi masa kini.

“Di samping itu, lebih separuh daripada jumlah staf akademik yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) di institusi pengajian tinggi awam adalah wanita.

‘Ini menunjukkan golongan wanita semakin dikenali sebagai ahli profesional yang berkelayakan tinggi dan semakin diiktiraf di atas pencapaian mereka dalam organisasi dan negara,” titah baginda.

Terdahulu, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang menyampaikan ucap tama disusuli ucapan oleh Naib Canselor UPM, Datuk Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman.

Titah perasmian penutupan webinar itu pula disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi YTF.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya