Selangor, Sarawak, Kedah dan PDRM ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Selangor, Sarawak, Kedah dan PDRM ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Naib juara, Selangor serta Sarawak, Kedah dan PDRM layak ke separuh akhir Kejohanan Ragbi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 10 Sebelah 2023 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh apabila melepasi halangan suku akhir masing-masing hari ini.

Selangor menebus kekalahan di tangan ATM dalam final edisi lalu dengan menunjuk pintu keluar kepada juara bertahan itu dengan keputusan 22 – 5 untuk mara ke separuh akhir.

Sarawak pula mara ke separuh akhir selepas menumpaskan Penjara 12 – 0 manakala Kedah terpaksa mengerah keringat sebelum menjinakkan Sabah 10 – 0.

Sementara itu, PDRM mengecewakan Kuala Lumpur 17 – 0 dalam satu pertarungan sengit.

Pada separuh akhir nanti, Selangor akan bertemu Sarawak manakala Kedah berdepan PDRM manakala dalam separuh akhir kategori Shield pula, Melaka akan bertemu Perlis dan Kelantan menentang Pulau Pinang.

Kategori ‘Bowl‘ menyaksikan pertembungan antara Pahang dengan N. Sembilan serta Johor dengan tuan rumah Perak manakala separuh akhir Plate menemukan ATM dengan Penjara serta Sabah melawan Kuala Lumpur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya