KUALA TERENGGANU: Sebuah badan bukan kerajaan, Geng Plastik Ija (GPI) berjaya mengutip sebanyak 30,281 kilogram (kg) sampah dalam 121 program pembersihan pantai di negeri ini pada sepanjang tahun lalu. Pengerusi GPI, Zulkefli Sarji berkata, sampah tersebut yang dikutip sukarelawan pertubuhan tersebut melibatkan 47 kawasan pantai yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong. Menurutnya, program tersebut yang dijalankan sejak 2017 bertujuan memastikan kawasan pantai di negeri ini yang cantik berada dalam keadaan bersih. Katanya, jumlah kutipan sampah oleh sukarelawan GPI juga sentiasa meningkat pada setiap tahun. “Berdasarkan pengamatan GPI, kira-kira 80 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya