'Saya tahu pegang tangan lelaki lain salah' - Hannah Delisha

‘Saya tahu pegang tangan lelaki lain salah’ – Hannah Delisha

HANNAH Delisha bergambar selepas sidang akhbar drama Andai Itu Takdirnya di DADI Cinema, Pavilion KL di sini, baru-baru ini. -UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hannah Delisha yang tampil berhijab sejak tiga tahun lalu, memberitahu dirinya berusaha menjaga batas sebagai seorang wanita ketika menjayakan sesebuah adegan.

Pemilik nama penuh Hannah Adlina Blackburne Birch, 26, mengakui, memegang tangan lelaki bukan mahram adalah salah, namun dia tidak dapat mengelak situasi itu berlaku disebabkan tuntutan kerja di set penggambaran.

“Saya sudah fikir dan bincang dengan suami mengenai hal ini dan tahu pegang tangan lelaki lain itu salah.

“Tetapi, ini adalah kerjaya saya sebagai pelakon sebab drama ini banyak adegan kena pukul, jadi sukar kalau tidak boleh pegang. Sebabnya, mesti akan tersentuh juga.

“Apapun saya buat atas dasar tanggungjawab sebagai pelakon untuk menjayakan watak tersebut dengan baik,” katanya selepas pelancaran drama Andai Itu Takdirnya di Pavilion, baru-baru ini.

Menerusi drama bersiri itu, Hannah memegang watak sebagai Aleya yang merupakan isteri kepada Syed Adam Aizril lakonan Shukri Yahaya dengan pelbagai konflik dan keganasan berlaku dalam rumah tangga mereka.

Disoal perancangan mempunyai anak, Hannah yang berkahwin dengan pelakon, Imam Shah sejak 2021, memberitahu dia dan suami membuat perancangan rapi kerana tanggungjawab memiliki anak sangat berat dan berserah kepada ketentuan Allah SWT.

“Nak ada zuriat ini bukan macam jaga anak patung atau bela kucing. Sedangkan bela kucing itu juga tanggungjawab berat sebab perlu pastikan cukup makan dan dapat dapat kasih sayang. Apatah lagi kalau memiliki anak.

“Kita perlu pastikan dapat meluangkan masa dan fokus sepenuhnya terhadap mereka. Tanggungjawab itu besar dan saya kagum dengan golongan ibu yang boleh bekerja dan menguruskan anak dalam masa sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya