'Saya masih orang politik, cuma tiada jawatan dalam parti'

‘Saya masih orang politik, cuma tiada jawatan dalam parti’

ASYRAF Wajdi Dusuki melawat pameran selepas merasmikan Program Pembangunan Usahawan Teknikal Solar di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – “Saya masih orang politik, cuma tidak pegang apa-apa jawatan dalam kepimpinan tertinggi UMNO. Malah, politik ini sudah jadi sebahagian daripada darah daging saya,” kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada beliau sudah melupakan dunia politik selepas kembali ke dunia korporat sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Asyraf Wajdi berkata, apabila berada dalam Mara, agensi ini tidak pernah memilih bulu dan warna politik sejak di bawah Barisan Nasional (BN) lagi.

“Kalau ikut prosedur operasi standard (SOP) agihan bantuan, kita tidak tolong hanya orang UMNO dan jika ada ahli Pas atau Perikatan Nasional (PN) kita tidak akan buang ketepi.

“Malah, guru-guru yang kita nak ambil pun tiada tapisan (warna politik) begitu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Pembangunan Usahawan Teknikal Solar (Prosolar) di sini, hari ini.

Katanya, dalam konteks MARA, beliau menumpukan dua perkara iaitu soal pendidikan dan modal insan termasuk membangunkan usahawan bumiputera.

Jelasnya lagi, segala usaha dan bantuan disediakan MARA adalah untuk semua anak bangsa.

“Jangan kita melihat soal warna parti. Ini juga apa yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan pilih kroni,” katanya.

Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi Mara yang baharu berkuat kuasa Jumaat lalu menggantikan Datuk Azizah Mohd. Dun.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi dilihat memuat naik resume beliau di Facebook dan memaklumkan beliau kini sedang mencari kerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya