Saya gembira untuk Rashidi - Vanida Imran - Utusan Malaysia

Saya gembira untuk Rashidi – Vanida Imran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Vanida Imran, 50, mengakui gembira apabila mendengar berita bekas suaminya yang juga pelakon, Rashidi Ishak, 49, telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Kampung People, Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Kata Vanida, dia dan anak-anak menyambut baik perkahwinan pasangan tersebut dan menyenangi keperibadian Hasliza yang juga merupakan kenalan lamanya.

“Saya mengenali Liza dan pernah berlakon dibawah arahannya menerusi filem Kalla: Hidup Atau Mati. 

“Dia individu yang baik dan saya sangat gembira kerana Rashidi memperisterikan dia.

“Sebenarnya, saya sudah lama tahu tentang hubungan mereka. Apabila dimaklumkan tentang perkara itu, saya gembira, kerana saya tahu anak perempuan saya pasti akan menyukai dia,” katanya.

Vanida berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tayangan perdana filem Imam di Istana Budaya, semalam.

Perkahwinan Rashidi dan Vanida ternoktah pada tahun 2018 selepas bekas pasangan suami isteri itu memutuskan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail dan Maryam Rashika.

Vanida pada tahun lalu selamat bergelar isteri kepada seorang jurutera, Arifabillah Idris sementara Rashidi pula berkahwin dengan Hasliza sekitar Februari tahun ini.

Kata Vanida lagi, kematangan yang dimiliki Hasliza menjadikan wanita tersebut sebagai calon yang paling tepat untuk menjadi isteri  kepada Rashidi.

“Hasliza seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan. Saya lega kerana Rashidi memilih dia sebagai isteri.

“Dia seorang yang matang dan saya yakin kelebihan itu membolehkan dia untuk mengendalikan hidup berumah tangga dengan baik. Apa pun, kami sangat okey dengan perkahwinan mereka,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya