Saya belum tengok surat RoS itu - Saifuddin - Utusan Malaysia

Saya belum tengok surat RoS itu – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, beliau belum melihat surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung kelulusan terhadap usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Malah ujarnya, beliau juga baru tiba dari urusan luar negara hari ini (Manila, Filipina) serta tidak pernah berkomunikasi dengan mana-mana pihak berhubung perkara tersebut.

“Saya tidak tengok lagi surat itu. Jadi to be fair (untuk berlaku adil), bagi saya prepare (buat persediaan) untuk saya berkomunikasi dengan pihak yang disebut.

“Bagi saya peluang untuk tengok surat itu dulu,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. di sini hari ini.

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan, ibu pejabat UMNO telah menerima surat daripada KDN menerusi RoS berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Ahmad Zahid menunjukkan surat daripada RoS itu susulan terdapat dua laporan media berbeza mengenai usul tambahan yang diluluskan PAU 2022 membabitkan dua jawatan tertinggi parti berkenaan.

Dalam reaksi balas semalam, Ahmad Zahid pula berkata, UMNO sedia mendedahkan surat itu dengan harapan dapat menghentikan segala isu yang timbul berkaitannya dan mengesahkan bahawa tiada pemilihan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Sementara itu, Saifuddin menambah, beliau juga tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai surat RoS tersebut dan akan memanggil Ketua Setiausaha KDN dan pegawainya selepas melihat surat itu.

“Esok saya tengok surat itu, saya akan panggil KSU saya, pegawai saya, itu baru betul.

“Saya tidak akan membuat spekulasi sana sini, (tidak akan ikut) dia ni kata ada surat, dia ni kata tidak ada surat.

“Takkan saya nak buat kenyataan teraba-raba begitu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya