"Saya akan lebih berjaga-jaga kerana kerap ke Singapura"

“Saya akan lebih berjaga-jaga kerana kerap ke Singapura”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INSIDEN serangan terhadap pelakon, Kamal Adli yang dilibas dengan cota besi bertubi-tubi di sebuah acara ekspo di Singapura, minggu lalu, membuka mata semua pihak. 

Ancaman sedemikian sudah bersifat nyata dan bukan lagi mainan. Justeru, timbul persoalan adakah sudah tiba masanya golongan selebriti memasang bodyguard demi keselamatan? 

Adakah tanggungjawab memastikan keselamatan selebriti terletak di bahu pihak penganjur sepenuhnya?

Hangat Seminggu mengupas isu ini dengan mendapatkan pandangan artis popular.

Pengalaman menyaksikan sendiri pelakon, Kamal Adli dipukul individu tidak dikenali di Singapura membuatkan pelawak, Syuk Sahar trauma dan terkejut.

Justeru kata Syuk, dalam apa juga keadaan, setiap selebriti itu perlu berhati-hati lebih-lebih lagi ketika berada di kawasan terbuka.

“Pada saya, sebagai selebriti kita kena berhati-hati apabila berada di tempat awam sebab kita tak kenal, siapa yang berniat untuk menyerang kita.

“Tak perlu guna khidmat pengawal peribadi, cukup kita berhati-hati di tempat awam. Saya akan lebih berjaga-jaga selepas ini kerana saya juga kerap ke Singapura atas urusan kerja,” katanya.

Kata Syuk lagi, langkah berjaga-jaga perlu diambil lebih-lebih lagi apabila menghadiri acara yang melibatkan jumlah pengunjung yang ramai.

“Kita tak boleh harapkan sistem kawalan keselamatan semata-mata lebih-lebih melibatkan acara terbuka. 

“Apa yang berlaku kepada Kamal membuktikan sistem keselamatan yang ketat tidak menjanjikan artis atau selebriti itu selamat kerana beliau diserang individu yang masuk ke acara itu sebagai pengunjung.

“Jadi, apa yang penting, kita sendiri kena berjaga-jaga dan cakna dengan persekitaran kita, dengan siapa kita berjumpa dan sebagainya,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya