‘Saya ada cara sendiri pimpin UMNO Arau’ - Rozabil - Utusan Malaysia

‘Saya ada cara sendiri pimpin UMNO Arau’ – Rozabil

ROZABIL Abd. Rahman (kiri) sedang membuang undi sewaktu Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau 2023 di ILP, Perlis, hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Calon Ketua UMNO Bahagian Arau yang menang tanpa bertanding, Datuk Rozabil Abd. Rahman berhasrat untuk membawa perubahan besar terhadap kepimpinan parti itu di peringkat bahagian khususnya dalam aspek pelaksanaan program dengan pendekatan baharu.

Menurut Rozabil, beliau mempunyai cara tersendiri bagi memimpin UMNO Bahagian Arau dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh perwakilan parti berkenaan.

Katanya, cabaran yang perlu dihadapi selepas ini adalah bagi mengisi jawatan itu dengan sebaiknya selepas diumumkan menang tanpa bertanding menerusi sokongan yang diterjemahkan dalam pemilihan kali ini oleh perwakilan.

“Tak mungkin saya akan lakukan seperti kepimpinan lalu kerana saya mempunyai cara tersendiri untuk menerajui UMNO Bahagian Arau,” katanya selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau 2023 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Rozabil dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Arau yang baharu selepas menang tanpa bertanding berikutan tidak dicabar mana-mana calon pada pemilihan kali ini.

Mengulas mengenai perjalanan persidangan bahagian berkenaan, Rozabil berkata, sambutan diterima daripada ahli-ahli adalah amat baik dan setiap pihak turut memberi komitmen bagi membantu parti itu.

“Kalau lihat persidangan UMNO Bahagian Arau hari ini, ramai ahli dan perwakilan yang sebelum ini kurang aktif membuat kemunculan semula untuk bergiat bersama parti.

“Sepatutnya lepas kita kalah (PRU15), orang akan lari namun kita dapat lihat ramai juga muka-muka lama membuat kemunculan semula untuk bersama membantu UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Rozabil berkata, penambahan ahli baharu buat UMNO merupakan antara agenda yang akan dibawa beliau selepas ini termasuk dengan mendekati golongan pengundi di kawasan itu.

Tambahnya, pihaknya akan lebih aktif mendekati pengundi dengan menggunakan cawangan-cawangan untuk bergerak ke peringkat bawah.

“Kita mengharapkan agar kepimpinan baharu ini akan dapat memberi perubahan besar bukan sahaja di peringkat bahagian namun juga membabitkan UMNO negeri,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya