Satu maut, satu parah tragedi ‘merempit’ - Utusan Malaysia

Satu maut, satu parah tragedi ‘merempit’

Maut
KEADAAN mangsa yang terlibat kemalangan itu di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan dua remaja lelaki dipercayai berlumba motosikal di Persiaran Raja Muda Musa di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi menimpa dua mangsa berusia 19 tahun itu turut mengakibatkan seorang lagi parah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kemalangan itu melibatkan dua motosikal berasingan di jalan dari arah Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang. 

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca sekumpulan penunggang motosikal bersaing sesama sendiri dengan menunggang laju dan melulu di jalan tersebut.

“Kedua-dua motosikal mangsa kemudian bergesel sesama sendiri dan tidak dapat mengawal motosikal lalu terjatuh.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hoong Fong, seorang mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pukul 6.50 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Seorang lagi remaja yangvmengalami kecederaan dalaman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang masih dirawat di Zon Merah HTAR. Ahli keluarga mangsa yang maut telah hadir ke Balai Polis Trafik Klang untuk membuat laporan polis.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Syahirah Kamsani di talian 012-4470162 bagi membantu siasatan. Mereka juga boleh menghubungi Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya.

Terdahulu, tular dua video memaparkan dua penunggang motosikal terbaring cedera selepas terjatuh dan dibantu sekumpulan lelaki di lokasi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya