Sanusi dakwa dihalang hadir program kerajaan Pusat

Sanusi dakwa dihalang hadir program kerajaan Pusat

MUHAMMAD SANISU MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa beliau dilarang daripada menghadiri sebarang majlis dan program kerajaan persekutuan.

Menteri Besar Kedah itu berkata, ia termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (Lima) yang berlangsung di Langkawi dari 23 hingga 27 Mei ini.

“Keputusan terbaharu Kabinet Perdana Menteri Ke-10 adalah melarang Menteri Besar Kedah daripada apa jua program kerajaan persekutuan termasuk Lima di Langkawi.

“Apa boleh buat? Kalau panas, jangan koyak,” dakwanya dengan sindiran yang sinis di akaun media sosialnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya