Sambutan Minggu Perpaduan berlangsung Mei ini - Utusan Malaysia

Sambutan Minggu Perpaduan berlangsung Mei ini

DATUK Aaron Ago Dagang(tengah) bergambar bersama sukarelawan siswa selepas melancarkan Program Kembara Perpaduan Malaysia Madani di Dataran Muzium Negara Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sambutan Minggu Perpaduan adalah antara program yang akan dilancarkan Kementerian Perpaduan Negara seiring program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI.

Sambutan itu dijangka berlangsung secara serentak di seluruh negara pada 20 hingga 26 Mei ini. Sambutan bagi peringkat kebangsaan akan diadakan di Kuching, Sarawak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata sambutan itu diharapkan dapat memupuk keharmonian masyarakat Malaysia.

“Program ini akan melibatkan kerjasama serta penyertaan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Antara pengisian program ini adalah Bazar RAHMAH, simposium perpaduan, bicara perpaduan, Pameran Rumah KAMI dan sukan perpaduan.

“Dalam minggu perpaduan ini, kita mahu lihat semua lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum akan bersama berada untuk meraikan serta menyemarakkan perpaduan masyarakat kita,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Aaron juga akan mengusulkan cadangan pemerkasaan Rukun Negara kepada kabinet dalam masa terdekat.

“Saya akan bawakan kepada kabinet bagi membentangkan cadangan supaya pada setiap permulaan mana-mana majlis rasmi di semua kementerian, kita mulakan dengan bacaan ikrar, Rukun Negara.

“Kita harap supaya perkara ini mendapat sambutan dan dipersetujui. Cadangannya, selepas menyanyikan lagu Negaraku, kita teruskan dengan Ikrar Rukun Negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya