Salah guna kuasa, pengurus jabatan kerajaan Persekutuan direman - Utusan Malaysia

Salah guna kuasa, pengurus jabatan kerajaan Persekutuan direman

SEORANG pengurus di sebuah jabatan Kerajaan Persekutuan yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa dibawa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus di sebuah jabatan kerajaan Persekutuan di negeri ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan kuasa.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri mengeluarkan perintah reman itu setelah menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Tempoh reman sehingga Ahad itu dikeluarkan bagi siasatan dijalankan terhadap suspek yang berusia 44 tahun itu mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu kira-kira pukul 4.50 petang, semalam, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Terengganu.

Lelaki terlibat disyaki menyalahgunakan jawatan bagi mendapatkan suapan untuk dirinya sendiri melalui perolehan kerja pembaikan kenderaan jabatan sekitar tahun 2019 sehingga tahun lalu.

Suspek turut dipercayai mengambil suapan sekitar antara RM1,500 sehingga RM6,000 bagi setiap perolehan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya