Rumah teres jadi pusat bangunkan laman sesawang, judi dalam talian diserbu - Utusan Malaysia

Rumah teres jadi pusat bangunkan laman sesawang, judi dalam talian diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kegiatan sindiket judi dalam talian menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di bandar raya ini sebagai pusat membangun dan menyelenggara laman sesawang dan perisian perjudian akhirnya terbongkar selepas diserbu polis semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) selepas risikan dan pemantauan dilakukan selama beberapa minggu di premis berkenaan.

Katanya, hasil serbuan, 10 warga tempatan termasuk seorang wanita berusia antara 15 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

“Serbuan dijalankan selepas mendapat maklumat terdapat sebuah rumah yang menjalankan kegiatan pusat panggilan menyalahi undang-undang.

“Apabila pasukan serbuan masuk ke dalam rumah tersebut, didapati pusat panggilan itu menawarkan perkhidmatan membangunkan laman sesawang yang mengumpulkan pelbagai jenis judi dalam talian.

“Sindiket berkenaan juga menyediakan perisian atas permintaan pelanggan dari dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati sindiket itu menyewa rumah teres di kawasan perumahan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, dalam serbuan itu, sebuah komputer riba dan tiga set komputer dirampas bersama 34 unit telefon bimbit, empat modem dan sehelai kertas mengandungi skrip perbualan.

“Remaja lelaki yang ditahan diberi jamin hari ini manakala suspek lain direman dua hari sehingga esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya