BACHOK: Seorang nelayan tidak sempat bersahur selepas rumah pusaka yang dihuninya di Kampung Perupuk di sini, terbakar awal pagi semalam. Kejadian pukul 4.30 pagi itu berlaku ketika mangsa Mohd. Yaki Mohamed Zain, 49, sedang tidur di dalam bilik sebelum dia dikejutkan dengan bahang panas yang keterlaluan. Mohd. Yaki berkata, terkejut dengan kejadian itu terus menyelamatkan diri dengan keluar menerusi pintu utama dan terkejut mendapati api sudah marak membakar bahagian ruang dapur rumah peninggalan arwah ibunya. “Saya kemudian terus mengejutkan adik beradik dan jiran berdekatan untuk meminta bantuan. Namun apakan daya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya