Rugi RM100,000, Adam Corrie serik ditipu kawan sendiri - Utusan Malaysia

Rugi RM100,000, Adam Corrie serik ditipu kawan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengalaman ditipu rakan sendiri membuatkan pelakon, Adam Corrie, lebih-berhati-hati dalam menjalankan urus niaga dengan mana-mana individu sama ada yang dikenali ataupun tidak.

Kata Adam atau nama penuh Adam Corrie Lee Abdullah, pengalaman tersebut telah mengajar dirinya agar tidak mudah mempercayai mana-mana individu sekalipun lebih-lebih lagi dalam melibatkan urus niaga tunai.

“Saya terima banyak tawaran untuk buka gerai, tetapi banyak juga yang saya tolak kerana selain tiada tenaga kerja mencukupi, pemberi sewa meminta bayaran pendahuluan secara cash (tunai).

“Sebelum ini saya kerugian RM100,000 gara-gara ditipu seorang lelaki yang mendakwa dirinya pereka fesyen. Dia menghilangkan diri dan sampai hari ini wang tidak dikembalikan.

“Disebabkan itu saya cukup berhati-hati apabila melakukan urus niaga tunai kerana saya tak mahu pisang berbuah dua kali,” ujarnya.

Adam mula berkecimpung dalam perniagaan menjual kurta sejak sembilan tahun yang lalu.

Katanya, jalan yang dilalui untuk membina perniagaan sendiri tidak mudah kerana pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi.

“Sembilan tahun saya bergelut, perjalanan yang saya tempuh tidak mudah.

“Macam-macam saya hadapi, dituduh bidaah, ditipu rakan dan sebagainya. Tetapi, Alhamdulillah, rezeki tidak putus dan baju yang saya jual, laris.

“Segala kesulitan dan masalah yang saya hadapi, saya adukan kepada Allah sahaja. Itu adalah kekuatan, selain sokongan isteri yang membuatkan perniagaan saya bertahan sehingga hari ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya