RTB Sungai Rambai perlu rundingan dengan Johor

RTB Sungai Rambai perlu rundingan dengan Johor

SULAIMAN Md. Ali (tiga dari kanan) mendengar aduan penduduk ketika menghadiri Hari bertemu Pelanggan di Kompleks Japerun Pengkalan Batu, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rambai-Sungai Kesang, Jasin yang tertangguh sejak enam tahun lalu dihentikan kerana isu kedudukan Sungai Kesang yang bersempadanan antara Melaka dengan Johor, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Beliau berkata, ia tertangguh disebabkan beberapa perkara belum mencapai kata sepakat antara kedua-dua negeri.

Jelasnya, Setiausaha Kerajaan Negeri telah diarahkan berhubung dengan rakan sejawatnya di Johor bagi menyelesaikan hal-hal berkaitan, sebelum projek tersebut disambung semula pembinaannya.

“Masalah berkaitan Sungai Kesang kerana ia bersempadan dengan Melaka dan Johor. Bagi pihak kita perkara ini sudah tidak ada masalah, cuma dari Johor kita belum dapat sebarang keputusan.

“Masalah air Sungai Kesang mengalir melibatkan dua negeri yang berjiran, jika masalah ini dapat diselesaikan segera projek tersebut boleh disambung semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari bertemu Pelanggan di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pengkalan Batu di sini, hari ini.

Sulaiman berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman yang mendakwa, kelewatan menyiapkan RTB Sungai Rambai-Sungai Kesang menjadi punca utama berlakunya banjir di 13 kawasan sekitar Jasin.

Hasan berkata, projek yang hanya siap 40 peratus itu terbengkalai sejak 2017 dan turut menyebabkan kawasan yang tidak pernah dinaiki bah berdepan bencana itu, baru-baru ini.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 523 mangsa banjir masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu, meskipun hujan telah berhenti minggu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya