RoS lulus jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan - Utusan Malaysia

RoS lulus jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan

AHMAD ZAHID Hamidi ketika menghadiri Majlis Pengenalan Calon UMNO Pulau Pinang sempena pemilihan UMNO di Bayan Lepas, Pulau Pinang malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

BAYAN LEPAS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah memberi kelulusan terhadap usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan seperti diluluskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Mengesahkan perkara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, surat pengesahan daripada KDN berhubung kelulusan tersebut telah diterima parti berkenaan semalam.

Menurut beliau, surat itu antara lain berkaitan pengecualian daripada pematuhan kepada Seksyen 13 (1)(c) (4) Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) yang membolehkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu akan datang.

“Surat KDN ini juga memberi pengesahan bahawa apabila RoS melakukan siasatan, maka keputusan PAU 2022 itu mengikut Akta Pertubuhan dan berkuat kuasa sepenuhnya serta memberi keabsahan yang mana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu tidak dipertandingkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon UMNO Pulau Pinang sempena pemilihan UMNO di sini malam ini.

Usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang dicadangkan perwakilan dari Negeri Sembilan, Mohd. Shukri Samsudin.

Sebelum ini, usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang dicadangkan perwakilan Negeri Sembilan Mohd Shukri Samsudin.

Bagaimanapun, dua ahli UMNO iaitu Muhammad Aizat Fikri Mohd. Nasir (UMNO Bahagian Kuala Nerus) dan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom (UMNO Bahagian Seremban) menghantar aduan kepada ROS pada 20 Januari lalu, supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan berkenaan.

Pemilihan UMNO perlu dilaksanakan sebelum 19 Mei tahun ini iaitu enam bulan selepas tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, keputusan KDN itu juga memandangkan semua peraturan mesyuarat dan klausa di dalam Perlembagaan berhubung usul tambahan itu telah diikuti oleh Pengerusi Tetap.

Malah, paling penting tambah beliau, Pengerusi Tetap juga telah meminta seluruh perwakilan yang bersetuju dengan usul kelapan daripada pencadang ucapan dasar Presiden bangun dan mengangkat tangan yang mana lebih 95 peratus yang hadir telah berbuat demikian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya