Ribut landa pekan Jitra

Ribut landa pekan Jitra

ANGGOTA APM Kubang Pasu bersama petugas agensi lain dan orang ramai membersihkan jalan raya yang terjejas akibat ribut di Jalan Utama Jitra - Changlun di Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Ribut yang melanda pekan Jitra, di sini petang ini menjejaskan peniaga apabila khemah masing-masing diterbangkan angin kencang yang berlaku selama beberapa minit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di Kubang Lembu, Jitra.

“Kejadian hujan dan ribut tadi menyebabkan kerosakan gerai buah di sebelah sebuah stesen minyak di Kubang Lembu. Pihak trafik berusaha mengawal lalu lintas di kawasan itu,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, radius terjejas antara satu hingga dua kilometer apabila hujan dan angin kuat tersebut mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan menutup laluan utama Jitra ke Changlun.

“Pihak APM menerima laporan kejadian bencana ribut pada hari ini sekitar pukul 3.05 petang daripada orang awam.

“Tindakan telah diambil oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu antaranya membersihkan pokok tumbang di atas jalan terlibat,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya