Ribut: 50 khemah bazar Aidilfitri rosak

Ribut: 50 khemah bazar Aidilfitri rosak

KHEMAH dan peralatan jualan barangan hari raya yang rosak akibat ribut di Padang Serai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG SERAI: Sekurang-kurangnya 50 unit khemah niaga termasuk bersaiz besar di tapak karnival jualan Aidilfitri rosak akibat ribut melanda daerah ini, pada pukul 3.20 petang tadi.

Insiden terbabit menyebabkan pelbagai barangan jualan seperti pakaian dan kelengkapan raya yang disusun peniaga bertaburan di atas tanah dan basah.

Kejadian turut melibatkan kira-kira tujuh khemah bazar Ramadan yang rosak serta beberapa kenderaan dihempap khemah yang terbalik.

Seorang penduduk, Ilya Farhan Mohd. Ilias, 36, berkata, kejadian angin kencang itu berlaku selama kira-kira 15 minit dan menerbangkan kesemua khemah niaga di situ.

“Saya kebetulan baru melalui tapak jualan tersebut dan melihat kesan kerosakan akibat ribut. Semua khemah peniaga termasuk khemah di pentas utama karnival patah dan terbalik,” katanya.

Video berkenaan kejadian itu turut tular di media sosial. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya