Restoran Nasi Dagang Atas Tol saji 4,000 hidangan percuma - Utusan Malaysia

Restoran Nasi Dagang Atas Tol saji 4,000 hidangan percuma

SHAZLAN Taieffu Azlan (tengah) menyantuni pelanggan sempena program hidangan percuma sempena sambutan Ramadan di Restoran Nasi Dagang Atas Tol cawangan Bandar, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/AKAMALIZA KAMARUDDIN/
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Restoran makanan tradisional terkenal, Nasi Dagang Atas Tol (NDAT) hari ini menyediakan sebanyak 4,000 hidangan percuma sempena sambutan Ramadan bermula pukul 7 pagi tadi.

Hidangan nasi dagang percuma itu disediakan di kesemua empat cawangan restoran tersebut iaitu di Kampung Atas Tol, Padang Negara, Padang Hiliran dan Bandar.

Pengurus Besar NDAT cawangan Bandar, Shazlan Taieffu Azlan berkata, program tersebut yang memasuki tahun keempat bertujuan meraikan kesetiaan pelanggan mereka selama ini.

Menurutnya, ia juga sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan umat Islam menyambut kedatangan Ramadan yang sinonim dengan amalan bersedekah sepanjang bulan mulia itu.

“Kita juga berkongsi rezeki dengan golongan berpendapatan rendah dan memerlukan serta mengeratkan silaturahim antara pengurusan NDAT dan pelanggan.

“Semoga program hidangan percuma ini memberi manfaat kepada pelanggan dan memperkenalkan lagi NDAT sebagai restoran yang menjadi pilihan pelancong apabila datang ke Terengganu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati selain nasi dagang, turut disediakan ialah nasi minyak, teh tarik, teh ais dan air sirap untuk semua pelanggan yang datang.

Sementara itu, seorang pelanggan, Ayesha Humairah Nordin, 29, pula berkata, dia menganggap kedatangannya ke NDAT bersama lima ahli keluarga yang lain sebagai langkah kanan pagi ini.

“Kebetulan, keluarga dari Melaka datang berjalan ke Terengganu, jadi saya memang berhajat membawa mereka menikmati nasi dagang yang terkenal di NDAT, tak sangka pula dapat makan percuma hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya