Rangka kawal selia keselamatan penggunaan media sosial agensi kerajaan

Rangka kawal selia keselamatan penggunaan media sosial agensi kerajaan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Cyber Security Malaysia (CSM) diminta meneliti beberapa aspek penting berhubung isu keselamatan melibatkan penggunaan beberapa aplikasi media sosial di pejabat dan agensi-agensi kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kawal selia atau garis panduan berkaitan bakal dirangka bertujuan menjamin keselamatan aplikasi dan peranti-peranti yang diguna pakai penjawat awam terutamanya anggota pentadbiran.

Katanya, beliau amat prihatin tentang isu penggunaan aplikasi seperti TikTok, Instagram, Facebook dan lain-lain di tempat kerja yang secara tidak langsung berisiko mendedahkan perkara-perkara sensitif atau rahsia besar yang dibincangkan.

“Ini kerana kita tidak mahu berlaku apa-apa pelanggaran terhadap akta-akta rahsia rasmi contohnya ada kalanya bila penjawat awam sedang bertugas, kita berdepan dengan keadaan di mana dokumen-dokumen yang kita pegang mungkin bersifat terkelas, jadi aspek keselamatan itu sangat penting.

“Kemudian, berkait lokasi di mana sesuatu penggambaran (bagi kandungan media sosial) itu dirakamkan, adakah ia dibenarkan atau tidak? Ini adalah di antara beberapa perkara yang masih kita perlu teliti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya