KUALA TERENGGANU: Pasar-pasar utama di daerah ini menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan keperluan menjelang ketibaan Ramadan. Tinjauan di Pasar Chabang Tiga, di sini semalam mendapati, daging lembu, ayam, ikan dan sayur-sayuran antara barang keperluan asas yang menjadi pilihan pengguna. Seorang peniaga, Mohd. Irfan Omar, 43, berkata, kehadiran pelanggan di kedai daging lembunya meningkat lebih 40 peratus sejak kelmarin berbanding hari biasa. Katanya, situasi itu adalah normal kerana orang ramai suka menyediakan juadah berasaskan daging lembu pada bulan puasa dan menjelang sambutan Hari raya Aidilfitri. “Tambahan harga daging lembu tempatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya