Ramadan: Aktiviti perniagaan makanan, minuman dibenar bermula pukul 3  petang - Utusan Malaysia

Ramadan: Aktiviti perniagaan makanan, minuman dibenar bermula pukul 3  petang

PENIAGA makanan dan minuman di Terengganu hanya dibenar berniaga bermula pukul 3 petang pada sepanjang Ramadan. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Semua aktiviti perniagaan makanan dan minuman yang melibatkan pengusaha, pemilik dan pelanggan yang beragama Islam tidak dibenarkan memulakan perniagaan sebelum pukul 3 petang.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd. Sukeri Ibrahim berkata, pengusaha dan pemilik perniagaan makanan dan minuman bukan Islam juga dilarang membenarkan pelanggan beragama Islam makan dan minum di premis mereka pada waktu siang hari sepanjang Ramadan.

“Arahan ini bertujuan untuk menghormati kemuliaan bulan Ramadan yang bermula esok.

“Sekiranya mana-mana pengusaha, pemilik perniagaan makanan dan minuman yang gagal mematuhi peraturan tersebut mereka akan dikenakan tindakan.

“Mereka yang ingkar telah melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil  (Establisymen Makanan) MBKT 1991 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, pada tahun ini, terdapat 1,755 lot jualan disediakan di 27 lokasi di dua daerah bawah seliaan MBKT iaitu Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya