Ramadan: 22,023 asnaf fakir, miskin di Terengganu terima bantuan zakat RM11.73 juta  - Utusan Malaysia

Ramadan: 22,023 asnaf fakir, miskin di Terengganu terima bantuan zakat RM11.73 juta 

SHAIKH Harun Shaikh Ismail menyampaikan bantuan zakat sempena Ramadan kepada salah seorang asnaf fakir miskin di Terengganu dalam satu majlis di perkarangan Kompleks Pentadbiran JHEAT hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA TERENGGANU: Seramai 22,023 asnaf fakir dan miskin di Terengganu menerima bantuan zakat berjumlah RM11.73 juta sempena kedatangan Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, bantuan itu diharap dapat meringankan beban kewangan golongan asnaf agar dapat menyambut bulan mulia itu dengan lebih ceria.

Menurutnya, pada tahun ini terdapat tiga kategori bantuan iaitu isi rumah tunggal sebanyak RM300, isi rumah dua atau tiga orang (RM500) dan isi rumah empat orang ke atas (RM700).

“Bantuan ini mula diagihkan pada Isnin lalu di Besut dan pengagihan terakhir adalah di daerah Kuala Nerus pada Selasa depan.

“Ada penerima yang menerima bantuan secara tunai melalui majlis pengagihan yang ditetapkan dan sebahagian besarnya pula dimasukkan secara terus kepada akaun penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan agihan bantuan zakat sempena Ramadan kepada 580 penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah asnaf fakir dan miskin yang mendapat bantuan itu juga meningkat pada tahun ini berbanding hanya 21,580 orang melibatkan peruntukan RM10.49 juta pada tahun lalu.

“Peningkatan ini disebabkan beberapa faktor antaranya kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai berhenti kerja dan hilang pendapatan.

“Kita berharap situasi ini akan kembali pulih dan mereka dapat kembali bekerja seterusnya tidak lagi tergolong dalam kategori asnaf fakir dan miskin,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya