Rakyat diseru semarakkan Tahun Melawat Perlis 2024 - Utusan Malaysia

Rakyat diseru semarakkan Tahun Melawat Perlis 2024

MOHD. Shukri Ramli bersama pegawai kanan pentadbiran dan pemain industri pelancongan Perlis selepas merasmikan pra-pelancaran Tahun Melawat Perlis 2024 di Kompleks Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri menyeru masyarakat setempat bersama-sama menyemarakkan lagi sektor pelancongan negeri melalui konsep pelancongan berasaskan komuniti (CBT) yang memberi manfaat dan janaan ekonomi secara langsung kepada yang terlibat.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri dalam rangka tindakan untuk menganjurkan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024 berlandaskan kepada Tahun Melawat Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

“Matlamat utama TMP 2024 dan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 adalah untuk menarik pelancong menerokai pengalaman melancong di negeri Perlis.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menggalakkan semua pihak untuk mengadakan aktiviti-aktiviti atau program dalam menarik lebih ramai pengunjung ke Perlis,” katanya ketika merasmikan masjlis pra-pelancaran Tahun Melawat Perlis 2024 di Dewan Banquet, Kompleks Setiausaha Kerajaan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shukri, untuk rekod, seramai 2.99 juta pelancong telah berkunjung ke Perlis pada tahun 2022.

“Jumlah ini meningkat dari tahun sebelumnya dan dilihat positif khususnya sewaktu era pasca pandemik Covid-19 dan kedatangan pelancong telah memberikan limpahan ekonomi secara terus kepada pemain industri sektor pelancongan yang mempunyai rantaian ekonomi dan jaringan yang luas.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha-usaha ke arah mempertingkatkan prestasi industri pelancongan di peringkat negeri Perlis dan ketersediaan produk pelancongan yang berkualiti serta persekitaran bersih mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negeri kita ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya