KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim gagal mencabar kemenangan Datuk Dr. Radzi Jidin bagi kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November lalu. Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Ahmad Faisal selaku pempetisyen dan memerintahkannya membayar kos RM20,000. Hakim Datuk Faizah Jamaludin memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh Radzi selaku responden setelah berpuas hati petisyen itu cacat dan tidak mengandungi fakta dan butiran lengkap. Ahmad Faisal, 50, memfailkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya